Image

Kemeriahan Dlm Bulatan~I

1*Gambar-gambar ni kredit to Ina@CikKakikusukaberjalan.
Sempena Hari Guru, satu kezutan utk murobbiah kami, Ustazah Zaimah.4 Perkenalkan dari kiri: Nik Fatimah (yg cute tu anaknya, Alya), murobbiah kesayangan dan juga Akma.5Saya, murrobiah dan ‘twin’ nama saya, NurDalili.264421_10151586308198320_1619917465_nMurobbiah bersama Nissa.3 Murobbiah bersama keluarga Kak Sheeda, Sakinah dan kakaknya (opps…)2Murobbiah diapit oleh Azlina dan Imelda.
7 Beginilah ketekunan sahabat-sahabat mendalami ilmu di bulatan kami :) 6Catat…jangan tak catat, rugi kalau lupa ilmu tu.8Walaupun dah nampak ramai ni pun, masih ada sahabat-sahabat yang tak dapat datang semalam.

Ilmu Aqidah

Maksud Iman
Percaya, membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan beramal dgn anggota

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Kepentingan Iman dalam kehidupan seorang muslim
-membentuk insan muslim sejati
-supaya istiqamah dalam ibadat
-melahirkan generasi berakhlak mulia

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

A.      SYIRIK
Meyakini ada sekutu bagi Allah SWT dalam kekuasaan, rububiyah, mencipta, member rizqi dan mengatur alam.

Surah al-Ma’idah, ayat 72
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.”

Hadis Nabi:
-Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim)
-Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)

1.         Syirik Jali
perlakuan syirik secara terang-terangan, boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur (tidak beriman kepada Allah dan Rasul/keluar dr Islam/murtad)

Contoh:
1.  Menyembah patung dan berhala, bulan atau matahari.  Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
2.  Meragui atau menafikan kewujudan Allah ~ fahaman komunis dan ateis
3.  Mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
4.  Keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang dari manusia
5.  Mempercayai mitos-mitos, cerita-cerita tahyul, perkara-perkara khurafat (bomoh atau dukun), penggunaan tangkal dan azimat, kepercayaan kpd tempat keramat, pantang larang dsb.

2.         Syirik Khafi
perlakuan syirik yg tersembunyi yg menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. (tidak meletakkan Allah sebagai yg mutlak dalam niat terutama dalam ibadat)

Contoh:
1.         Riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri)
2.         Ujub (mengagumi diri sendiri)
3.         Takbur (membangga diri)

B.      KUFUR
Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yg disampaikan oleh RasulNya, baik dengan mendustakan atau tidak.

1.         Kufur Hakikat
Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yg dibawa oleh Rasulullah SAW.

Surah An Nisaa’, ayat 56
Sesungguhnya orang-orang yg kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka.  Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yg lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.  Dan ingatlah sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.

Contoh:
1.  Tidak mengakui balasan di akhirat
2.  Menolak hokum yang terdapat dalam Al Quran
3.  Menyatakan solat fardhu merugikan masa
4.  Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
5.  Meletakkan Al Quran dan kitab hadis Nabi ditempat-tempat yg tdk sepatutnya

2.         Kufur Nikmat
Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

Surah An Nahl, ayat 83
Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakkan mereka pula ialah orang-orang yg kufur ingkar.

Contoh:
1.         Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
2.         Enggan mengeluarkan zakat/sedekah
3.         Boros membelanjakan harta

C.      RIDDAH/IRTIDAD/MURTAD
Keluar dari agama Islam, orang yang kembali daripada Islam kepada kufur. menghapuskan semua amal soleh sebelumnya dan di akhirat nanti akan menjadi ahli neraka buat selama-lama

(Surah Al Baqarah, Ayat 217)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Seseorang itu dianggap murtad melalui 3 cara:

  1. Iktikad~berniat hendak meninggalkan agama Islam
  2. Perkataan~mengistiharkan dirinya telah keluar dari agama Islam,
  3. Perbuatan~menganut agama selain dari agama Islam

-  Contoh  :
1.  mengingkari kewujudan Pencipta, mencaci Allah atau rasulNya, malaikat-malaikatNya
2.  menafikan dan mendustakan para rasul
3.  menghalalkan perkara haram seperti menghalalkan zina, liwat, minuman keras dan kezaliman
4.  mengharamkan perkara halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah, menafikan rakaat dalam  solat-solat fardu,
5.  berdo’a atau memohon pertolongan kepada selain Allah 

TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD/KUFUR

-menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
-sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD

-memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

D.      KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.  Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.  Menyebabkan syirik dan batal iman.

CIRI-CIRI KHURAFAT
1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi SAW)
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .

  • CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
  • mempercayai azimat, tangkal yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
  • mengunjungi kubur, telaga, busut, pokok yang dianggap keramat
  • kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.
  • kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.
  • percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu

E.       SIHIR
Ilmu yg berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dgn bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau megelirukan manusia.  Merosakkan iman dan membatalkan aqidah.

(Al-Jin 72: 6)
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka.

CONTOH

  • menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna, susuk
  • mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
  • pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

F.       NIFAK/MUNAFIK
Menampak keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.

Surah At Taubah, ayat 67
Sesungguhnya orang-orang munafiq itu mereka adalah orang-orang yg fasiq

Surah An Nisaa’, ayat 145
Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ditempatkan pd tingkatan yg paling bawah dari Neraka dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka

1.         Nifak I’tiqadi (kepercayaan)
Dimana pelakunya menampakkan keislaman tetapi menyembunyikan kekufuran.  hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, kitab dan hari akhirat (sekadar utk merasa tenang hidup bersama umat Islam dan menjaga harta dan nyawa mereka semata-mata) Kecenderungan kepada musuh-musuh utk bergabung dgn mereka dlm memusuhi Islam. Mereka merasa gembira dengan kemunduran agama Islam.  Tidak senang dgn kemenangan Islam.

2.         Nifak ‘Amali (perbuatan)
Melakukan sesuatu yg merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman dalam hati.  Nifaq jenis ini tdk mengeluarkannya dr agama tetapi merupakan perantara kpd yg demikian.  Jika perbuatan nifaqnya byk, maka boleh menjadi sebab terjerumusnya kedalam nifaq yg besar.

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

  1. berdusta apabila bercakap
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. bersikap melampaui batas apabila bertengkar
  4. selalu mungkir janji

Bulatan Gembira #23


Alhamdulillah, dengan izinNya kami dapat berkumpul dan berkongsi ilmu pada 16.5.2013.  Kehadiran ahli-ahli ‘keluarga’ baru dibulatan gembira ini semakin menambah semangat dihati kami.  Selamat datang dan selamat berkenalan kepada Sakeena dan juga Azlina.

Malam semalam ustazah Zaimah sekali lagi memilih surah Al Kahfi untuk dibaca.  Sesungguhnya terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Untuk kesekian kalinya jugalah,  ustazah menekankan kewajipan untuk membaca Al Quran dengan bertajwid.  Hukum membaca Al-Qur’an dengan benar (memakai tajwid) adalah Fardhu ‘Ain (wajib untuk setiap orang). Sementara hukum mempelajari ilmu tajwid tersebut adalah Fardhu Kifayah (wajib untuk sekelompok orang, apabila sudah ada yang menjalankan maka gugurlah kewajiban untuk sekelompok orang itu).

Hukum membaca Al-Quran tapi tidak disertakan dengan hukum tajwid adalah berdosa menurut pendapat ulama mutaddimun kerana mempelajarinya adalah
wajib berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Orang (mukmin) yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di temani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat dua ganjaran.”(Sahih Muslim: No.767)

Maka, untuk memahirkan bacaan al-Quran hendaklah di baca didepan guru yang pakar dan mesti di baca berulang kali.  Jangan pernah rasa malu untuk kembali belajar, walaupun terpaksa bermula dari Iqra’ satu.  Yang pentingnya kita wajib betulkan kesalahan dan kesilapan, kerana dikhuatiri kita menambah dosa kerana membaca Al Quran dengan sebutan yang salah.  Panjang pendek yang tidak kena tempatnya serta dengung yang tiada.

Alhamdulillah, dengan IzinNya, saya juga sedang belajar ilmu tajwid dengan Ustazah Zaimah.  Al Quran bukan saja perlu dibaca, perlu juga difahami maksud ayat-ayatNya.  Setelah itu jadikanlah isi Al Quran ini sebagai pedoman hidup dengan mengamalkannya.  Kebaikan bukanlah hanya untuk diri sendiri saja. Alangkah baiknya apabila ia dapat dirasakan oleh orang lain.

Saya memilih ‘Perkara-perkara yang membatalkan Iman’ sebagai tajuk untuk disampai malam ni.  Sila rujuk entri ini untuk perkongsian bersama.

Ustazah Zaimah berkongsi ilmu dari sebuah buku yang bertajuk ‘Hadith Kaunseling Gaya Rasulullah’ (kalu tak silap ginilah tajuknya).  Kisah Jabit dengan sedih bertemu Rasulullah SAW untuk mengadu tentang kematian ayahnya ketika perang dan masalah hutang yang perlu dijelaskan.  Rasulullah SAW menenangkan kesedihannya itu dengan membawa khabar gembira bahawasanya ayahnya yang telah meninggal itu akan dihidupkan kembali disisi Allah (kerana telah mati syahid) dan dapat bertemu dengan Allah tanpa hijab.

Apa yang kita dapat lihat disini, Rasulullah tidak bertanya bagaimana perasaan Jabit atau meminta dia meluahkan perasaannya.  Sebaliknya baginda menyebut perkara positif sahaja berkenaan punca kesedihannya.  Dalam kisah Jabit ini, Rasulullah mengembirakan hati Jabit dengan memberitahu bahawa ayahnya telah mendapat darjat yang tinggi disisi Allah.

Untuk mendekati seseorang yang sedang dalam kesedihan atau kesusahan

1.  Tak perlulah kita menambah kemurungan seseorang itu dengan menyuruhnya bercerita lebih lanjut masalahnya.

2.  Tidak bertanyakan perkara-perkara lain.

3.  Sebut perkara-perkara positif sahaja berkenaan punca kesedihannya.

Wallahu’alam..

Bulatan Gembira #22


Bertemu dan berkumpul sekali lagi pada 9.5.2013 yang lalu di Setiawangsa.  Ustazah memilih surah pendek iaitu Surah An Nasr dan dibaca solo oleh setiap kami.  Pada kali ni, dapatlah ustazah perbetulkan bacaan kami dan belajar beberapa hukum tajwid.

بسم الله الرحمن الرحيم
110:1
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

110:2
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

110:3
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah ini adalah surah yang ke 110 dalam Al Quran dan hanya ada 3 ayat.  Dalam surah ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk bersyukur dan memujiNya kerana telah memberi pertolongan sehingga mencapai kemenangan menguasai tanah suci Mekah.

Kemenangan bukan mudah untuk dicapai, kisah Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah selama 13 tahun, kemudian baginda keluar dari kota itu dan berhijrah ke Madinah.  Janji Allah kepada Rasul akan kemenangan Islam, ramai manusia akan masuk Islam.

Turunnya surah ini juga sebagai tanda semakin hampir kewafatan baginda Rasul.

Batas keupayaan manusia adalah terhad. Allah SWT memberi kemenangan dan memperkenan doa nabi.  Pertolongan dan kemenangan datang dari Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya. Jangan kita berputus asa, kemenangan dan kejayaan akan tiba walaupun sekuat mana musuh Islam.
1. Ayat ini menerangkan apa arahan Allah dan cara kita meraikan kemenangan/kejayaan(bertasbih, memuji Allah, meminta ampun dan bertaubat).
2. Cara mengagungkan Allah … (a) Menjadikan Allah swt sebagai yang terpenting dalam hidup kita, lebih dari segala-galanya (b) Allah swt paling sempurna, tiada kelemahan dan kita tidak boleh ada sifat ragu-ragu dengan Allah swt.
3. Tujuan istighfar di saat kemenangan dan kehilangan kesabaran
(a) Beristighfar terhadap pelbagai perasaan – bangga, sombong yang berkecamuk dalam hati di saat mabuk kemenangan.
(b) Beristighfar terhadap perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan janji member bantuan dan pertolongan.
(c) Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni’mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus
(d) Beristighfar agar ia tidak berlaku zalim kepada musuhnya. Hakikat sebenar adalah Allah yang memberi kemenangan.
4. Nabi beristighfar 70 x sehari (ada riwayat 100 x)… Bagaimanakah kita ?

Bulatan Gembira #21

Bulatan gembira diteruskan seperti biasa pada 3 Mei 2013.  Surah Al Kahfi (surah ke 18) jadi pilihan malam ni.  Tadarus hingga ke akhir ayat 110.  Antara kelebihan membaca surah ini ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

18:9

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?

18:10

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”

18:11

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
So We cast [a cover of sleep] over their ears within the cave for a number of years.

18:12

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
Then We awakened them that We might show which of the two factions was most precise in calculating what [extent] they had remained in time.

18:13

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
It is We who relate to you, [O Muhammad], their story in truth. Indeed, they were youths who believed in their Lord, and We increased them in guidance.

Ayat 9-13
Kisah Penduduk Gua

Pada zaman dahulu ada tujuh orang pemuda yang beriman teguh kepada Allah.  Raja negerinya bernama Daqyanus memaksa rakyatnya supaya menyembah berhala, tetapi pemuda-pemuda itu tidak mahu mengikut perintahnya.  Lalu raja itu mengancam mereka, kalau tidk mahu menyembah berhala nescaya mereka akan dihukum bunuh.  Mereka tetap berpegang teguh pada agamaNya, kemudian mereka berpakat melarikan diri dari negeri itu dan bersembunyi dalam sebuah gua.  Mereka telah diikuti oleh seekor anjing.  Di dalam gua tersebut, mereka mengabdi diri kepada Allah akhirnya merea ditidurkan dengan nyenyak sehingga tidak mendengar apa-apa.

Setelah 309 tahun, Raja Daqyanus yang zalim itu telah diganti dengan raja yang beriman kepada Allah dan berlaku adil terhadap rakyatnya.  Pada masa itu berlaku perselisihan faham dalam negeri itu mengenai kebangkitan semula (hidup kembali sesudah mati untuk menerima balasan Allah).  Ada yang percaya dan beriman kepadanya dan ada yang mengingkarinya.  Lalu raja itu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan kebenaran kepada rakyatnya.

Setelah tujuh pemuda itu terjaga dari tidur, mereka tertanya-tanya akan tempoh lena mereka.  Tidak ada yang dapat meneka lalu mereka berkata sesungguhnya Allah lebih mengetahui.  Salah seorang dari mereka diutus pergi ke kota untuk membeli makanan dan dibayarnya dengan wang perak dari zaman Raja Daqyanus dahulu.  Pemuda itu ditangkap kerana dituduh mencuri wang simpanan raja dahulu kala, maka dibawa menghadap raja.

Setelah disoal oleh raja maka pemuda tersebut menceritakan bagaimana mereka melarikan diri dari Raja yang kejam dan bersembunyi didalam gua.  Pergilah raja bersama para pembesar melihat gua itu dan mereka merasa takjub dan hairan kerana raja Daqyanus itu telah meninggal lebih 300 tahun dulu.  Bererti ketujuh pemuda tersebut telah tertidur sepanjang tempoh itu, maka dapatlah mereka dalil dan keterangan bahawa Allah berkuasa menghidupkan yang mati untuk dibalas dan diadili segala perbuatannya diatas dunia.

Pemuda-pemuda itu mengucapkan selamat tinggal kepada raja, lalu mereka kembali ke tempat tidur masing-masing.  Ketika itu Allah mewafatkan mereka semuanya.  Dengan hati yg sangat terharu, raja itu mengafani mereka dengan kainnya sendiri dan dimasukkan mereka kedalam peti, lalu dikuburkan disana.  Kemudian didirikan masjid dipintu gua itu, sebagai tanda peringatan.

Bulatan Gembira #20


Seterusnya berbulatan gembira pada 25 April 2013, bertadarus dan mentadabbur Surah Al Mursalat (surah ke 7).  Mengandungi 50 ayat.

77:7

(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
Indeed, what you are promised is to occur.

77:8

Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
So when the stars are obliterated

77:9

Dan apabila langit terbelah;
And when the heaven is opened

77:10

Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
And when the mountains are blown away

77:11

Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
And when the messengers’ time has come…

77:12

(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
For what Day was it postponed?

77:13

(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
For the Day of Judgement.

Ayat 7-13
Allah SWT menjelaskan bahawa pada hari Kiamat nanti orang yang mendustakan Allah dan RasulNya akan mendapat siksaan dan kehinaan (neraka). Dan orang mukmin yang beriman dan beramal soleh akan diberi ganjaran kebaikan (syurga).

77:45

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
Woe, that Day, to the deniers.

77:46

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
[O disbelievers], eat and enjoy yourselves a little; indeed, you are criminals.

Ayat 45-46
Yakni makan dan bersenang-senang dalam tempoh waktu yang sebentar dan kemudian kamu akan diheret ke neraka Jahanam yang telah disebutkan sebelumnya. Ucapan ini ditujukan kepada orang-orang yang mendustakan hari kiamat.

Ketika pelawaan Allah SWT disampaikan kepada orang-orang yang bertakwa di akhirat, maka satu pelawaan yang sama dihadapkan kepada orang-orang kafir yang berdosa di dunia, seolah-olah Allah SWT berfirman kepada mereka: “Lihatlah perbezaan di antara dua kehidupan ini, makanlah dan nikmatilah kesenangan dunia yang sementara ini supaya kamu diharamkan daripada kenikmatan abadi dan diazab sepanjang zaman di negeri akhirat.”

77:49

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
Woe, that Day, to the deniers.

77:50

(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
Then in what statement after the Qur’an will they believe?

Ayat 49-50
Sesungguhnya al-Quran itu merangkumi keterangan yang cukup sempurna dan kebenaran yang jelas. Akan tetapi mengapa mereka masih menolak untuk beriman kepada Allah SWT dengan seberapa segera. Oleh sebab itu mereka akan menghadapi kematian dan kata-kata seperti, semoga, mudah-mudahan dan seandainya tidak bermanfaat lagi.

Orang-orang yang tidak beriman kepada penjelasan al-Quran yang menggegarkan bukit-bakau dan gunung-ganang itu tidak akan beriman buat selama-lamanya dengan mana-mana penjelasan yang lain daripadanya. Tiada lain melainkan hanya kecelakaan, kesialan dan kesudahan yang malang yang disediakan kepada golongan manusia yang celaka ini.

Ustazah Zaimah membawa tajuk ‘Psikologi cara Rasulullah SAW’ dalam usrah kali ni.  Panjang lebar pengisiannya, biarlah saya kongsikan ringkasannya disini ya (setakat kefahaman saya yg lemah ini).  InshaaAllah.

Cara-cara bagaimana beliau memberi kaunseling kepada orang yang melakukan kesalahan adalah sangat bertentangan dengan prosedur kaunseling yang dicipta oleh pakar-pakar psikologi Barat. Pertama, Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang masalah yang dialami. Kedua, Nabi Muhammad memberikan jalan keluar kepada masalah.

Baginda tidak memberikan motivasi perubahan tingkah laku dengan cara berleter ataupun dengan menyampaikan ceramah panjang lebar kepada kelompok orang yang buruk akhlaknya.  Tetapi hanya dengan menerangkan cara mudah bagaimana mereka dapat membersihkan dosa mereka.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar yang ada di situ telah memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad SAW tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad SAW segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?”Nabi Muhammad SAW menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud)

Yang paling penting disini, tegurlah orang yang buat salah tanpa menjatuhkan maruahnya.

Wallahua’lam..

Bulatan Gembira #19


Bulatan gembira pada 17 April 2013, surah pilihan minggu ini ialah Surah Al Insan (surah ke 76).  Mengandungi 31 ayat.

بسم الله الرحمن الرحيم

76:1

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned?76:2

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing.

76:3

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful.

Keterangan ayat 1-3:
Pada mulanya manusia belum ada dan namanya belum tersebut sedikit pun.  Kemudian Allah menjadikan manusia dari setitis air (mani) lelaki dan perempuan.  Tidak lama kemudian jadilah manusia yang pandai mendengar dan melihat.  Apakah tidak patut manusia itu insaf dan percaya kepada Allah yang menjadikannya itu?  Selain daripada itu, Allah menunjukinya kepada dua jalan: jalan kebaikan dan keimanan; sehingga ia berterima kasih kepada Allah, serta jalan kejahatan dan kekafiran; sehingga ia ingkar akan nikmat Allah.  Hal ini nyata kerana Allah menganugerahkan akal kepada manusia.  Dengan akal, dapatlah ia menimbang dan memikirkan mana yang baik dan buruk, mana yang manfaat dan melarat.  Sebab itu Allah menyediakan untuk oran gyang beriman dan berbuat baik, syurga kesenangan dan untuk orang yang kafir dan berbuat jahat, neraka jahanam.

76:12

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
And will reward them for what they patiently endured [with] a garden [in Paradise] and silk [garments].

76:13

Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[They will be] reclining therein on adorned couches. They will not see therein any [burning] sun or [freezing] cold.

76:14

Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
And near above them are its shades, and its [fruit] to be picked will be lowered in compliance.

Keterangan ayat 12-14:
Dalam ayat-ayat ini Allah menggambarkan bagaimana kecantikan syurga dan kesenangan didalamnya.  Inilah lukisan syurga yang dapat difahami oleh manusia umum, sedangkan hakikatnya adalah lebih baik daripada itu.  Bahkan disana kurnia Tuhan yang Maha Besar tidak pernah dilihat dan tidak pernah didengar lagi tidak terlintas dalam hati manusia.

76:30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
And you do not will except that Allah wills. Indeed, Allah is ever Knowing and Wise.

Keterangan ayat 30:
Kamu tidak menghendaki sesuatu perbuatan, melainkan jika Allah menghendaki pula.  Ertinya kalau kamu hendak membuat sesuatu pekerjaan, maka tidak akan berjaya, kalau tidak dikehendaki Allah.

Sebagai contoh,  ’Amr bin Bakr salah seorang khawarij (kelompok yg menyimpang dari Islam), diberi tugas untuk membunuh Amr bin al ‘Ash.  Pada suatu malam ia mengintip ‘Amr bin al ‘Ash, ketika keluar pergi solat subuh.  TApi kerana sakit, Amr bin al ‘Ash tidak keluar ketika itu dan digantikan sebagai imam oleh Kharijah bin Hazafah.  Lalu Amr bin Bakr membunuh Kharijah itu kerana sangkanya ialah ‘Amr bin al ‘Ash.  Dengan demikian terlepaslah ‘Amr bin al ‘Ash dari pembunuhan.

Akhirnya orang-orang khawarij itu berkata:  Kami menghendaki membunuh ‘Amr tapi Allah menghendaki membunuh Kharijah.  Maka ayat tersebut sama maksudnya dengan ayat: “Apa-apa yang dikehendaki Allah, mesti terjadi dan apa-apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi”  Manusia itu hanya boleh merancang, hasilnya ditangan Allah SWT.

Sebagai orang Islam, selalulah minta pertolongan Allah setiap solat, supaya segala kehendak kita ditolong Allah dengan kehendakNya.  Dengan demikian berkesanlah amal perbuatan kita.  Salah satu sebab untuk kejayaan amalan, ialah mengerjakan amalan itu kerana Allah dan mengharapkan keredaanNya bukan kerana wang atau kerana hendak jadi pemimpin dan sebagainya.

Ringkasnya kejayaan amalan itulah tujuan kita, bukan semata-mata beramal sahaja, berjaya atau gagal tidak peduli.  Inilah yang merosakkan masyarakat muslimin, kerana gagalnya usaha pemimpin yang tidak ikhlas kerana Allah SWT.

(sumber terjemahan dari Tafsir Al Quran oleh Prof Dr. H. Mahmud Yunus)

*kebiasaannya, sesudah bertadarus dan mentadabbur surah, salah seorang dari ahli usrah akan menyampaikan satu tajuk(dipilih sendiri) untuk dikongsi bersama.  Mintak maaf kawan-kawan, saya mungkin tak dapat berkongsi kesemua ilmunya disini atas sebab tak punya masa untuk mengarang kembali penyampaian tersebut.

MasyaAllah…keindahan perkongsian ilmu dalam usrah ni sungguh hebat..banyak memberi kesedaran pada saya yang selalu lalai ni untuk mengenal dan sentiasa mengingati Allah SWT.

(tetiba plak beremosi huhuhu)

Bulatan Gembira #18


Usrah pada 21 March 2013, tadarus dan tadabbur Surah At Tariq (surah ke 86).  Ayat 1-17.

بسم الله الرحمن الرحيم86:1

Demi langit dan “At-Taariq”;
By the sky and the night comer 

86:2

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu?
And what can make you know what is the night comer?

86:3

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
It is the piercing star 
86:4
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
There is no soul but that it has over it a protector.
Pada awal surah ini, Allah bersumpah dengan langit dan bintang-bintang yang cahayanya berkilauan.  Hikmahnya ialah supaya kita memperhatikan bagaimana kebesaran dn hebatnya alam yang dijadikan itu.  Sebab itulah ulama muslimin pada masa dahulu amat rajin mempelajari ilmu yang bersangkutan dengan bintang-bintang hingga menjadi pakar dalam ilmu Falak.
Setiap manusia itu ada yang mengintipnya, iaitu Allah yang Maha Esa.  Sebab itu janganlah berani mencuri walau dalam gelap gelita atau menggelapkan hak orang dengan bersembunyi kerana walaupun dia bebas dari seksaan didunia, terlepas dari ditangkap polis, etapi tidak akan terlepas dari seksaan Allah SWT samada di dunia atau akhirat.
(Sumber dari Tafsir Quran Al Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
Point-point yg telah dibincangkan dari surah ini:
~Ciptaan bintang adalah supaya manusia memikirkan akan kebesaran Allah SWT.  
~Malaikat raqib dan atib sentiasa bersama dengan kita setiap saat dan ketika.  Mencatit setiap amal baik dan jahat hatta sebesar zarah sekalipun.
~Allah menyuruh manusia memerhatikan asal usul kejadian manusia dan minta manusia memikirkan bahawa jika Allah berkuasa menjadikan manusia daripada tiada kepada ada mengapa pula manusia tidak boleh dimatikan dan seterusnya dihidupkan kembali.
~Allah bersumpah lagi dengan langit yang mengeluarkan hujan serta bumi yang merekah mengeluarkan pelbagai tumbuhan, bahawa al-Quran adalah benar.
~Bahawa pada hari kiamat nanti tidak ada satupun rahsia manusia yang tidak dibongkar, semuanya akan didedahkan kerana niat yang terpendam semuanya dalam pengetahuan Allah.  Pada hari itu manusia tidak ada kekuatan untuk membela diri dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong atau menebus dosa kecuali amalan baik yang telah mereka lakukan di dunia.
Surah ke dua adalah Surah Al Buruj (surah ke 85)
Ayat 1-22.
85:4
Celakalah kaum yang menggali parit,
Cursed were the companions of the trench
85:5
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
[Containing] the fire full of fuel,

85:6

(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
When they were sitting near it
85:7
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
And they, to what they were doing against the believers, were witnesses.
85:8

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
|And they resented them not except because they believed in Allah , the Exalted in Might, the Praiseworthy,
Tersebutlah riwayat kaum kafir pada masa dahulu, berlaku ganas dan kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah.  Mereka menyuruh supaya jangan bertuhan kepada Allah, malahan kepada raja mereka sahaja.  Tetapi orang-orang yang beriman itu, tidak mahu menurut perintahnya lalu orang-orang kafir itu membuat sebuah lubang, didalamnya dinyalakan api yang besar kemudian diperintahkan orang-orang yang beriman terjun ke dalam api dengan silih berganti.  Oleh kerana orang-orang beriman itu mempunyai keimanan yang teguh dan kepercayaan yang tetap, lalu mereka terjun kedalam api itu, sampai mati kesemuanya.
(Sumber dari Tafsir Quran Al Karim oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
Ringkasan penerangan Ustazah Zaimah:
Surah ini menceritakan kisah orang beriman yang telah dibakar oleh orang kafir.  Ini merupakan satu peringatan kepada sesiapa yang menabur fitnah samada lelaki atau perempuan, mereka ini akan mendapat balasan azab dari Allah SWT.  Setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan yang baik, inilah yang Allah  SWT telah janjikan.

Sedikit Ilmu Untuk Bakal Ayah


Antara tanggungjawab penting seorang suami yang bakal jadi ayah ialah pelajari cara menanam uri.

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

1001 Sirah Nabi Muhammad

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.