
Dengan izin Allah swt, semalam kami berbulatan dengan jayanya. Tiap kali aku berada dlm bulatan ni musti rasa cam masa tu tak penah cukup utk bersoal jawab ngan ustazah. Setiap butir perkataannya adalah ilmu yg tak ternilai harganya. Kalau bole nak berdiskusi sampai pagi. Alhamdulillah atas nikmatMu ini Ya Allah. Semoga Kau akan terus menemukan dan mendekatkan aku dgn orang2 yg mencintai agamaMu.
Kami bertilawah Surah Saba’ dari ayat 20-33. Antaranya:

Ayat 21
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
And he (Iblees) had over them no authority except [it was decreed] that We might make evident who believes in the Hereafter from who is thereof in doubt. And your Lord, over all things, is Guardian.

Ayat 22
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka”.
Say, [O Muhammad], “Invoke those you claim [as deities] besides Allah .” They do not possess an atom’s weight [of ability] in the heavens or on the earth, and they do not have therein any partnership [with Him], nor is there for Him from among them any assistant.

Ayat 24
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “.
Say, “Who provides for you from the heavens and the earth?” Say, ” Allah . And indeed, we or you are either upon guidance or in clear error.”

Ayat 25
(Oleh itu) katakanlah (wahyu Muhammad): “Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.
Say, “You will not be asked about what we committed, and we will not be asked about what you do.”

Ayat 26
Katakanlah lagi:” Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya”.
Say, “Our Lord will bring us together; then He will judge between us in truth. And He is the Knowing Judge.”

Ayat 31
Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya”. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): “Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman”.
And those who disbelieve say, “We will never believe in this Qur’an nor in that before it.” But if you could see when the wrongdoers are made to stand before their Lord, refuting each other’s words… Those who were oppressed will say to those who were arrogant, “If not for you, we would have been believers.”
Sambutan Maulidur Rasul
Turut dibincangkan berkenaan hari Maulidur Rasul. Tentang cara sambutan orang-orang dizaman ni utk memperingati Rasulullah saw.
“Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat.” ~ sumber: shafiqolbu
Sememangnya maulidur rasul ini tiada di zaman rasulullah dan sahabat, ini kerana pada ketika itu mereka menyayangi Rasulullah saw malahan sentiasa mengamalkan sunnah baginda saw. Sama2 kita bermuhasabah diri sejauh mana kasihnya kita kepada Rasulullah saw. Sebanyak mana sunnah Rasulullah yang telah kita amalkan serta sedalam mana sirah Rasulullah saw yang telah kita kuasai.
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” – Riwayat Abu Daud.
Begitulah juga sambutan hari lahir, ianya sekadar meniru budaya orang bukan Islam. Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan. Wallahu a’lam.
4 Sifat Terpuji Rasulullah saw.
Siddiq ~ Benar
Amanah ~ Dipercayai
Tabligh ~ Menyampaikan
Fatonah ~ Bijaksana
Kami juga sempat bersoal jawab dgn Ustazah beberapa topik. Sangat menarik;
~setiap amal kebaikan yg dilakukan oleh seorang anak akan dikreditkan secara otomatik kepada ibuayahnya. Dan seorang anak yg melakukan maksiat, dosanya turut ditanggung ibuayahnya jika mereka tidak pernah mendidik anak tentang hukum Islam.
~kenduri tahlil tiada dlm sunnah, Apa yang menurut sunnah adalah, apabila mendatangi atau menziarahi kematian, maka hendaklah kita menggembirakan keluarga si mati dengan membawa makanan atau sedekah wang ringgit dan bukannya makan dan minum di rumah si mati.
~meraikan perayaan agama bukan Islam dgn memberi ucapan kepada penganutnya adalah haram.
Wallahu a’lam
Bersambung dibulatan seterusnya…In Shaa Allah
Alhamdulillah… walaupun tidak dapat menghadirkan diri ke bulatan gembira malam tadi, dapat juga ilmunya. terima kasih banyak kak lily…
Alhamdulillah..rindu kat cik kaki. ada kot ilmu yg akak tetinggal (almaklum, old version processor) hehehe
akak…yg saye comfius tu..”selamat tahun baru cina”…saye ingatkan selamat tahun baru cina tu perayaan orng2 cina..rupe nye…tahun baru dioerng…so kite leh ucapkan..
haah la zati, akak pun selama ni ingatkan xleh wish ‘Gong Xi Fa Chai’. rupenya itu bkn kategori perayaan agama tpi kalender baru kaum cina. Kiranya sama cam sambut tahun baru gregory la kan…
Alhamdulillah. Syukur sangat atas sifat pro-aktif ahli2 bulatan gembira yang sangat2 memanfaatkan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Beginilah sifat para sahabat apabila mereka mendapat sesuatu ilmu, arahan, larangan dan sebagainya mereka terus bertindak sama ada menyebarkan, melakukan atau meninggalkan. Ma sha Allah sungguh Allah memberi kalian kefahaman dan kesedaran yang tinggi terhadap agama ini. Jazakillahukhairan kathiira Lili, Zati, Ina dll. Love u all.